Bride Of The Century | Korean Drama

By miz ruha ~ 3/20/2014 10:00:00 PM
! Assalamualaikum !

Drama Korea yang aku sedang tengok sekarang adalah Bride of the Century. Bagi aku drama ni sangat menarik dan tertarik untuk tahu kisah seterusnya. Pada pendapat aku la.... ^_~

Sumber : SINI

Taeyang Group adalah konglomerat yang terbesar di Korea Selatan. Keluarga Choi yang menerajui Teayang Group telah disumpah selama 100 tahun. Sumpahan itu bermula apabila pengantin perempuan pertama bagi anak pertama keluarga meninggal dunia. 

Choi Kang Ju (Lee Hong Ki) dan Jang Yi Kyung (Yang Jin Sung) ditunangkan atas permintaan keluarga. Ibu di kedua-dua belah pihak memiliki agenda tersendiri disebalik pertunangan anak mereka. Choi Kang Ju digambarkan seorang yang berpendidikan, memiliki rupa yang tampan dan merupakan pewaris bagi Teayang Group. Apabila Jang Yi Kyung tiba-tiba hilang sebelum majlis perkahwinan mereka, Na Doo Rim yang memiliki rupa paras yang sama dengan Jang Yi Kyung diupah untuk menyamar sebagai Jang Yi Kyung.


Perwatakan Na Doo Rim yang ceria membuatkan hati Choi Kang Ju tersentuh dan akhirnya jatuh cinta dengan Na Doo Rim yang menyamar menjadi Jang Yi Kyung. Suatu hari, Choi Kang Ju membuat keputusan mengejut untuk memutuskan pertunangannya dengan Jang Yi Kyung.

Mengapa Choi Kang Ju putuskan pertunangannya? Benarkah sumpahan itu akan terkena pada tunang Choi Kang Ju? Apakah agenda sebenar ibu Choi Kang Ju dan ibu Jang Yi Kyung? Dan apakah nasib Na Doo Rim yang menyamar sebagai Jang Yi Kyung?


Nak tahu kisah seterusnya kena tengoklah kan.... Aku dah tengok sampai episod 8 dan memang tak sabar nak tengok episod yang baru.


Nota Cinta : ^_^ *autopublish*

9 comments

March 21, 2014 at 8:06 AM

Suka tengok pelakon Korea..cantik..Nway Salam Jumaat Ruha..

March 26, 2014 at 4:14 PM

wah..x tgok lgi..:)
zz bnyk sgt2 cite korea tp x pnh tgok.. zz minat game show je.. :)

March 30, 2014 at 10:02 PM

saya takde mada nontonnya... uhu...

March 31, 2014 at 5:16 PM

dulu masa sek men rajin sgt layan korea, jepun nih.. tp sekarang malas dah.. hahaha..

April 1, 2014 at 8:16 PM

Nnt dh akhir bgtau ea ruha...? Hahahah..xde tv nak follow..weekend je bru dpt tgk tv...

June 13, 2014 at 9:26 AM

Assalamualaikum Ruha.
Apa khabar? Lamanya menyepi.

July 1, 2014 at 1:03 PM

Waalaikumussalam
Khabar baik, ibu...
Erm... Mmg lame pun menyepi..

July 1, 2014 at 1:05 PM

Ayut.... Dah lama drama ni habis tapi sy tak sempat nak update blog...
Huhuhu...

Post a Comment
Copyright 2009 - 2014 © www.mizruha.com | Design by miz ruha