| Cik Blur Dan Encik Ikhlas |
Terbitan
Karya Seni
Sem
Malaysia : RM19
Sabah/Sarawak
: RM22
::
Sinopsis ::
AKU?
Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak
marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam
ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.
“Helo,
dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek
awak ke?” – Encik Ikhlas
“
Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya
dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” – Kasih Khalisha
Selepas
aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi... tiba-tiba aje dia
muncul kembali.
“Apa
encik buat kat sini?”
“Eh!
Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah
encik? Ini rumah encik?”
“Yalah.
Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
Aduh!
Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah
lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni
kecil sangat?
Bagaimana
aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan
garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter dihadapanku?
“Hmmm,
susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak
bertuah tu, kan?”
“Siapa
tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau
taka da, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”
Ya,
setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan
aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit
sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.
******
Kasih
Khalisha adalah Cik Blur dan dia memang betul-betul blur. Haha! Novel yang aku baca 2 minggu lepas kalau tak silap. Penulis yang sama bagi novel bestseller Cik Bunga dan Encik Sombong. Novel Cik Blur ni best dan menarik. Novel Cik Bunga pun best juga. ^_^
Tahniah dan terima kasih buat penulis novel ni, Airisz. ^_^
Nota Cinta : *autopublish*
Tahniah dan terima kasih buat penulis novel ni, Airisz. ^_^
Nota Cinta : *autopublish*

23 comments
macam menarik jugak ni... huwaaa... Ruha... ini influence untuk shopping novel lagi nih...
best2...kt sibu ni lum da lgi..nak jugak order online...hehehe :)
wah , kalo jumpe kene beli ni . hehe
salam miz ruha :)
ayie sebelum baca isi tgok kulit novel tu dulu..klu cantik baru puas hati nk baca :P
lepas nih dah bleh dpt ilham nak menulis novel kot kak ruha..=D
Akak..stop akak..saya makin gila tengok review akak..hehehe..setiap kali baca review awak yang seolah-olah mengoda saya, saya mesti pergi beli novel tu..TOLONGGGG..
-____^
Wah, macam best jer nie :)
rajinnya ruha baca novel
akak sekarang ni bukan kata novel, kadang tv pun x sempat tengok
Salamni entry untuk awak. thanks sebab sudi jadi follower saya. http://mawardiyunus.blogspot.com/2013/01/followers-mingguan-6.html
kalau sudi mohon like page ni ye :) https://www.facebook.com/IstilahMinda
erk camne pulak boleh sama rumah tu?
dya lama xbaca novel..menarik gak cite ni..kalau dya dh start baca novel kje lain xbuat
nampak menarik jgn cerita nya.... remy wish remy ada masa nak baca novel satu hari nanti.....cam dulu2...
satu yang menjadi pertanyaan aku, cane kasih tu boleh end up dekat umah en ikslas tu? ni mesti kes secara tak sengaje die dapat keje sebagai pembantu dekat sebuah rumah kan? aku rase camtu r kot..
tiba2 senyum sorang2.hehe
yg first da beli yg ne wajib beli...
wah novel2....mengoda jiwa..
Baca tajuk buku je dah rasa nak tergelak.. haha. adui. kalau baca sinopsis dia macam best je. Lama dah aida tak beli novel2 nie. :)
aik..npe kasih ad kat umah en tu plak..jd tkg gaji kat situ ke???byk persoalan ni...
baby belum baca lagi cerita ni, pun belum beli lagi. Skg limit 1 bulan 3 buah novel je. tak leh byk2. hehehe, ok Ruha, nanti baby try cari =)
kak ruha ohhh kak ruha..pergi mana, dah lama tak update ni..rindu ni. hehe. ^___^
confirm tak akan baca OKje ni hehe...
oh, macam best je ruha.. umm.. lama dah tak bace novel cinta cintun ni. hehe..
oh tidak...makin buat MV tak keruan ni