Cerpen Atau Novel Pendek?

By miz ruha ~ 10/26/2012 09:00:00 AM
! Assalamualaikum !

Salam Aidiladha. ^_^ Cerpen atau Novel Pendek? 

Perasan tak ada widget 'Cerpen' kat sidebar blog aku tu? Bagi yang selalu berkunjung dan baca cerpen tu memang dah tahulah. Pada yang baca cerita tu, korang rasa cerita tu boleh dikategorikan sebagai cerpen atau novel pendek sebenarnya?

Kenapa aku tanya korang? Sebabnya, sedang asyik aku menaip, keluarkan segala idea yang ada, tetiba hati aku terdetik. *Cewah! Terdetik bagai la pula.* Kalau cerpen, tak adalah sampai panjang macam ni. Dah sampai part 7 dah sekarang. Dah lebih tahap cerpen plak rasanya. Dan belum tentu lagi part 8 adalah part yang terakhir. Kalau ikutkan dah boleh jadi novel pendek dah. Betul tak apa yang aku rasa? Sorang blogger pun ada cakap kat aku yang cerita aku tulis tu bukan cerpen dah, boleh dikategorikan novel dah. :)




Sejak mula menaip cerita Meon tu, dari part 1 sampai part 7, aku sedar yang menjadi seorang penulis bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Banyak perkara yang harus dititik beratkan. Banyak yang harus dikorbankan demi menyiapkan sebuah novel yang mampu memikat hati pembaca. Harus mengolah idea dengan baik supaya pembaca tidak bosan bila membaca karya yang ditulis.

Kekadang masa aku tengah makan pun still mencari idea untuk sambung cerita Meon tu. Aku harus berimaginasi dan membayangkan suasana tempat yang ada dalam cerita tu. Kalau selama ni aku hanya baca apa yang penulis tulis, tapi sekarang aku yang harus perah otak untuk membayangkan apa yang akan berlaku nanti. 


Aku sedaya mungkin mahu menulis cerita Meon tu dalam keadaan yang sangat sempoi. Tapi tak tahulah sekarang sempoi atau dah terlebih berkhayal. Haha. Sebab terasa terlebih misteri pula. ^_^ Dahlah. Aku malas nak membebel panjang. Tapi sebenarnya dah terpanjang dah. Muahaha!

Macam mana orang lain boleh buat entri yang pendek, padat dan berisi? Sebab aku rasa, bila aku nak tulis entri yang pendek, tapi last2 entri yang aku tulis jadi panjang juga. =_='


Nota Cinta : Ini schedule entri. Aku dah menghilang tak tahu ke mana pada ketika ini. ^_^ Nanti aku cerita ke mana aku menghilang. ^_^ Sambil balas jejak korang. Tapii.... Ada ke orang melawat blog aku time raya ni? Ermm.....

12 comments

October 26, 2012 at 9:41 AM

ermm...mungkin...mini e-novel boleh ke kalau ayie katakn mcm tu miz ruha?

salam aidil adha miz ruha :)

October 26, 2012 at 12:58 PM

novel la kot. tp nk kata novel pendek tu tak tau lah. sebab tak tau lg berapa part lg yg ada.. hehe

October 26, 2012 at 1:55 PM

saya pun rase lebih kepde novel da kak :)

October 26, 2012 at 4:52 PM

hmmm...sy tak pernah baca...tapi mungkin lebih sesuai dikategorikan sebagai cerpen bersiri kot....ala2 drama bersiri..

October 28, 2012 at 10:39 PM

klau nanti msuk puluh2 part mmg jadi novel laa kn ^^

October 28, 2012 at 11:33 PM

@Ayie Abas:mini novel agaknya... ^_^

October 28, 2012 at 11:34 PM

@aisya:kak ruha pun tak tahu berapa part... hihi

October 28, 2012 at 11:34 PM

@Nur farahiza:gerun plak dengar novel...

October 28, 2012 at 11:36 PM

@Hatimi Tahirruddin:cerpen bersiri... dengar macam menarik..

October 28, 2012 at 11:37 PM

@caliph shuriken:tak tahu lagi berapa part... kalau puluh2 tu memang dah boleh jadi novel... :)

October 29, 2012 at 9:05 AM

betul2.. dah takleh nak kire cerpen dan cite meon ko tu.. terlebih sangat panjang nye aku setuju ape blogger tu cakap

October 29, 2012 at 10:04 PM

@kay_are:haha.. ko pun setuju ye.. hihi

Post a Comment
Copyright 2009 - 2014 © www.mizruha.com | Design by miz ruha